Apa pun jua keputusan UPSR yang diterima, bersyukurlah kerana pelajar telah berjaya mengharungi 6 tahun persekolahan rendah.
Walaupun tahun ini format UPSR yang baru, banyak juga keluhan yang terdengar bahawa kali ini hanya sedikit sahaja bilangan pelajar yang mendapat semua A berbanding dengan tahun sebelumnya.
Namun demikian bukan semua A itu yang dapat menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Yang penting, sahsiah dan jati diri yang tinggi dengan ilmu agama yang berterusan.
Jangan hanya mengejar kecemerlangan akademik sahaja, bekalan dan persediaan untuk meninggalkan dunia juga perlu kerana tujuan hidup kita akan berbalik semula kepada Allah SWT.
Wallahu'alam.
Keputusan UPSR 2014
Ada 460 000 pelajar
Dapat semua A = 36,304
_______________________
Keputusan UPSR 2015
Ada 443 000 pelajar.
Dapat semua A = 38,344
_______________________
_______________________
Keputusan UPSR 2016
Ada 440 000 pelajar.
Dapat semua A = 4,866