Saturday, May 21, 2016

Persediaan dan ikhtiar hidup melalui takaful


Dari ibnu Abas r.a. berkata rasulullah saw, bersabda: “memanfaatkan lima keadaan sebelum datangnya lima; masa hidup sebelum datang matimu, masa sehatmu sebelum sakitmu, masa luangmu sebelum masa sibukmu, masa muda sebelum masa tuamu dan masa kayamu sebelum masa fakirmu”

Kita tahu tentang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Hadis di atas telah menunjukkan kepada kita bahawa betapa persediaan dan ikhtiar itu penting untuk kita menempuhi keadaan apabila datangnya 5 perkara tersebut ☺

Maka, manfaatkan waktu sebaik-baiknya semasa anda hidup, masih sihat, usia muda dan masih bekerja dengan memilih pelan perlindungan dan pelaburan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda. 

Ini adalah kerana jika sakit, kad perubatan boleh membantu kos rawatan hospital yang terlibat mengikut pelan perlindungan. Jika berlaku kematian atau hilang keupayaan, bayaran diberikan ke atas jumlah amaun perlindungan takaful bersama jumlah Nilai Aset Bersih daripada unit dana pelaburan semasa. Sebaliknya, jika anda menyerahkan Sijil Takaful anda sehingga tempoh matang tiba, maka Nilai Aset Bersih dari dana pelaburan pula dapat dinikmati.

Ketahuilah, masa hadapan adalah rahsia Allah SWT. Anda hanya perlu bersedia dengan mengambil ikhtiar yang terbaik untuk dimanfaatkan bagi sebuah kehidupan ☺. Jangan pula lambat bertindak kerana apabila musibah sudah berlaku, siapa yang boleh membantu anda untuk meneruskan kehidupan.