Thursday, November 17, 2016

Keputusan UPSR 2016, apa yang diharapkan...

Apa pun jua keputusan UPSR yang diterima, bersyukurlah kerana pelajar telah berjaya mengharungi 6 tahun persekolahan rendah. 

Walaupun tahun ini format UPSR yang baru, banyak juga keluhan yang terdengar bahawa kali ini hanya sedikit sahaja bilangan pelajar yang mendapat semua A berbanding dengan tahun sebelumnya.

Namun demikian bukan semua A itu yang dapat menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Yang penting, sahsiah dan jati diri yang tinggi dengan ilmu agama yang berterusan.

Jangan hanya mengejar kecemerlangan akademik sahaja, bekalan dan persediaan untuk meninggalkan dunia juga perlu kerana tujuan hidup kita akan berbalik semula kepada Allah SWT.

Wallahu'alam.



Keputusan UPSR 2014
Ada 460 000 pelajar
Dapat semua A = 36,304
_______________________
Keputusan UPSR 2015
Ada 443 000 pelajar.
Dapat semua A  = 38,344
_______________________
Keputusan UPSR 2016
Ada 440 000 pelajar.
Dapat semua A  = 4,866

Tip #1: Ada apa dengan polisi Takaful Ikhlas?

Dekad ini, terdapat banyak kes yang dilaporkan tentang seseorang boleh menjadi bankrup disebabkan terpaksa menanggung belanja perubatan yang meningkat sehingga terpaksa menjual harta kepunyaan peribadi untuk membayar kos tersebut. 

Itulah yang berlaku kepada pemandu F1 lagenda, Michael Schumacher yang sebelum ini telah berkali-kali menjuarai perlumbaan. Namun apabila musibah menimpa tanpa diduga, keluarganya terpaksa menghadapi dan tidak dapat menolak keadaan yang berlaku. 
Boleh baca berita selanjutnya seperti link di bawah:

http://www.morningledger.com/michael-schumacher-latest-news-family-bankrupt-due-to-medical-expenses/1379197/

Maka, disinilah peranan polisi takaful sebagai instrumen perlindungan risiko anda. Apakah risiko yang bakal dihadapi di dalam hidup anda yang kena dilindungi? Ini termasuk penyakit kritikal, hilang keupayaan dan sakit yang kena diwadkan di hospital.

Dengan IKHLASlink Secure Takaful, pelan yang asas bersama pelan pilihan (rider) membolehkan anda menikmati:- 
1. kos penghospitalan, perubatan & rawatan susulan;
2. kos rawatan penyakit kritikal;
3. manfaat penyakit kritikal secara komprehensif;
4. manfaat hilang upaya; dan
5. manfaat waiver, sekiranya ditimpa penyakit kritikal maka caruman akan menjadi percuma

Oleh itu, tanpa berlengah lagi buatlah perancangan sekarang kerana pelan takaful dianggap sebagai ikhtiar hidup di masa hadapan untuk persediaan menghadapi risiko yang tidak boleh anda jangkakan.

Lain orang, lain risikonya, lain pula carumannya mengikut pelan takaful yang bersesuaian dengan umur dan gaya hidup.

Quotation dan konsultasi adalah percuma. Sila hubungi saya!

Monday, November 14, 2016

SUPERMOON @ 14/11/2016


Marilah kita sama-sama menyaksikan fenomena ini agar kita bertambah mensyukuri kebesaran dan kekuasaan Ilahi. 
Jika selama ini kita mungkin terleka atau alpa dengan nikmat dunia, maka dengan fenomena ini kita akan sedar sejauh mana kita telah menjadi hambaNya seperti yang diperintahkan.
Begitu juga dengan perjalanan hidup seharian kita. Adakah kita telah cukup dengan perlindungan takaful di kala musibah datang tanpa diduga. 
Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat. Quotation percuma untuk anda ketahui berapa caruman dan pelan yang sesuai untuk perlindungan seumur hidup. 
Sila hubungi saya dan saya sedia membantu untuk anda.
Wallahu'alam.

Monday, May 23, 2016

Takaful Entrepreneur Vacancy: Are you the one? Let us inspire you!




Tidak lama lagi, GRADUAN ASPIRE Career Postgraduate Fair 2016 yang ke-6 akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 28 & 29 May 2016 (Sabtu dan Ahad) dari pukul 11.00 pagi – 6.00 petang. 

Sila layari http://graduan.com/aspire untuk maklumat lanjut.

Apa yang ingin saya war-warkan lagi bertepatan dengan pameran kerjaya dan lepasan ijazah ini,  bahawa seperti yang anda dapat lihat daripada gambar di atas, anda juga berpeluang untuk menjadi usahawan takaful dengan agensi LMN Services. Apakah faedah dan insentif yang ditawarkan? 

Rebutlah peluang untuk mengetahuinya. Sila emailkan resume anda kepada: lmnservices@hotmail.com. Anda akan sedia dihubungi sebaik sahaja email anda masuk ke dalam inbox. Begitu mudah sekali. Peluang dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat kerana We inspire you to make you aspire 😊.

Sunday, May 22, 2016

Pengikhtirafan Takaful Ikhlas Berhad di arena antarabangsa


http://www.takaful-ikhlas.com.my/media-centre/news-events/takaful-ikhlas-diiktiraf-european-magazine

Dengan pengikhtirafan Anugerah Perbankan dan Kewangan Global Eropah 2016 oleh The European Magazine untuk syarikat takaful pilihan tahun ini, sayap Takaful Ikhlas nampaknya lebih cemerlang lagi untuk terus berjuang mendominasi industri takaful di Malaysia. Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia dapatkan pelan IKHLASlink Secure Takaful agar dapat memandu hidup anda dengan lebih terjamin di masa hadapan. 
Dapatkan quotation dan konsultasi percuma untuk mengetahui manfaat yang ditawarkan beserta bayaran sumbangan takaful yang dikenakan untuk anda ☺.

Bulan Sya'ban dan pelan IKHLASlink Secure Takaful

Hari ini 15 Sya'ban 1437H. Kedatangan bulan Ramadhan sudah menghampiri kita. Semoga kita dapat menunaikan ibadah rukun berpuasa dengan sempurna dan bersolat tarawih di malam harinya. Namun kita hanya mampu berdoa agar diberi kesihatan yang baik dan usia yang panjang untuk mendapat berkat Ramadhan 1437H. Insya Allah.

Begitu juga di dalam kehidupan anda. Jadikan manfaat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara sebagai prinsip hidup anda. Oleh itu, jika anda masih belum mengambil mana-mana pelan takaful yang boleh membantu anda dan keluarga di waktu sakit, hilang upaya dan kematian, maka fahamkanlah apa faedahnya yang ditawarkan daripada pelan Takaful Ikhlas ini: IKHLASlink Secure Takaful.

IKHLASlink Secure Takaful ialah pelan Takaful komprehensif yang berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala yang menggabungkan yang terbaik dari kedua-dua perlindungan dan pelaburan. Pelan ini menawarkan pakej holistik dengan rider-rider pilihan yang melindungi bidang kesihatan utama yang antaranya seperti penyakit kritikal, kemalangan peribadi, kemasukan ke hospital dan manfaat pembedahan. Selain itu, anda hanya perlu menyertai pada satu jumlah Sumbangan Takaful bagi menikmati pakej ini secara menyeluruh.


Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mendapat satu kefahaman yang akan memberi satu jaminan dan membantu anda pada saat anda memerlukannya di sepanjang hayat anda dan keluarga nanti. Maka tidak rugi apabila anda membayar sumbangan takaful bulanan serendah rm100 - rm300 untuk mendapat perlindungan dan pelaburan jangka masa panjang. 

Hubungi saya untuk penjelasan lanjut. Takaful does't cost you, it pays you when hard times come.


Saturday, May 21, 2016

Persediaan dan ikhtiar hidup melalui takaful


Dari ibnu Abas r.a. berkata rasulullah saw, bersabda: “memanfaatkan lima keadaan sebelum datangnya lima; masa hidup sebelum datang matimu, masa sehatmu sebelum sakitmu, masa luangmu sebelum masa sibukmu, masa muda sebelum masa tuamu dan masa kayamu sebelum masa fakirmu”

Kita tahu tentang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Hadis di atas telah menunjukkan kepada kita bahawa betapa persediaan dan ikhtiar itu penting untuk kita menempuhi keadaan apabila datangnya 5 perkara tersebut ☺

Maka, manfaatkan waktu sebaik-baiknya semasa anda hidup, masih sihat, usia muda dan masih bekerja dengan memilih pelan perlindungan dan pelaburan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda. 

Ini adalah kerana jika sakit, kad perubatan boleh membantu kos rawatan hospital yang terlibat mengikut pelan perlindungan. Jika berlaku kematian atau hilang keupayaan, bayaran diberikan ke atas jumlah amaun perlindungan takaful bersama jumlah Nilai Aset Bersih daripada unit dana pelaburan semasa. Sebaliknya, jika anda menyerahkan Sijil Takaful anda sehingga tempoh matang tiba, maka Nilai Aset Bersih dari dana pelaburan pula dapat dinikmati.

Ketahuilah, masa hadapan adalah rahsia Allah SWT. Anda hanya perlu bersedia dengan mengambil ikhtiar yang terbaik untuk dimanfaatkan bagi sebuah kehidupan ☺. Jangan pula lambat bertindak kerana apabila musibah sudah berlaku, siapa yang boleh membantu anda untuk meneruskan kehidupan.